Radical Starz Search ditubuhkan pada 13 Julai 2016 oleh komposer Rosli Ahmad yang ingin mencari bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. RSS 1.0 dimulakan dengan melakukan pemilihan dengan menggunakan voice note melalui aplikasi whatsaap. Sesi pemilihan dilakukan oleh En. Rosli Ahmad sendiri dan mana yang terpilih terus diserap masuk ke dalam group whatsapp RSS. Disebabkan sambutan yang amat menggalakan tercetusnya RSS 2.0 pada akhir bulan Julai juga pemilihan menggunakan voice note melalui aplikasi whatsapp. Pada pertengahan ogos 2016,dengan bantuan beberapa ahli RSS yang sudi membantu En. Rosli Ahmad maka tercetusnya RSS 3.0 dan pemilihan juga melalui aplikasi whatsapp dengan menggunakan voice note. Pada penghujung bulan ogos RSS 4.0 pula diwujudkan tapi kali ini ada kelainan dalam sesi pemilihan iaitu dengan mengadakan pertandingan karaoke live on stage yang diadakan di Uptown Pudu,Jalan Peel. Selain itu konsert pertama Radical Starz Search diadakan di Teluk Kemang Port Dickson yang disertai oleh finalist RSS 1.0 dan 2.0. RSS 5.0 pula diwujudkan dengan dilakukan secara Mentor dan Protoge. Seramai 10 orang mentor dilantik dan pemilihan dilakukan secara online dan final RSS 5.0 diadakan di Anggerik Mall, Shah Alam. Disebabkan sambutan masih menggalakan maka wujudnya RSS 6.0. Kali ada kelainan dengan wujudnya pengetua, penolong pengetua dan fasilitator yang dilantik untuk membimbing peserta-peserta RSS 6.0 dan pemilihan juga dilakukan secara online. Bagi mencari kualiti daripada bakat-bakat baru diluar sana maka RSS 10:24 diwujudkan iaitu seseorang yang ingin menyertai RSS mestilah cover 10 lagu RSS dalam masa 24 jam. Dan sekarang ada lebih kurang 70 orang pejuang-pejuang seni RSS yang telah berjaya dan mempunyai single masing-masing.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan