Cukuplah sudahlah telinga bernanah
Kudengar oh bingar lidah yang berputar
Tong kosong paluan keegoan
Sombong dan sumbang mambang
Lupakah istilah tiada yang hebat
Selagi kau hanya bernama manusia
Kerana kau aku hambanya lemah
Kuat hebat cuma istilah
Bagi yang lupa asalnya tanah
Cuba dongak ke langit
Lihat kekuasaan oh tuhanmu
Selam kedasar laut tidakkah kau terharu
Menyaksikan hidupan itu
Kau terbanglah ke angkasa biru
Kecilnya kita dari atas sana
Lalu tak perlu lagilah
Kau kasta membandingkan membeza-beza
Mengata cerca
Apalagi kita milik hanyalah untuk sementara sahaja
Bukan berkhutbah ataupun berhujah
Sekadar ingatan tu diri sendiri
Janganlah kita lupa dia
Pencipta maha berkuasa
Kekasih yang sejati
Kembali padanya
Carilah kenali dirinya
Kasihi dan cintai
Bawalah dirinya
Lekat di sanubari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan