*PERGIMU BAHAGIAKU*
Lirik: Andy Sulaiman
Lagu : Rosli Ahmad
Copyright : Radical Records
Saat kubukakan mata
Di satu fajar yang sama
Seperti semalam jua
Kamar ini diterang cahaya
Namun ada yang berbeza
Di sisiku tiada siapa
Hanya aku dan kisah kita
Sepiku di setiap lena
Aku sedar ini semua
Bukan ku pinta dan kau sama
Sudah tertulis jalan cerita
Bahagia sedetik cuma
Lalu kupanjat sesyukur rasa
Kerana setelah sekian lama
Ketenangan kini ku rasa
Hilangmu bukan satu sengsara
Tiada apa lagi ku perlu
Kan ku buang segala rindu
Biar cerita antara kita
Menjadi sejarah kita berdua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan